KUALA LUMPUR: Peguam utama bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menuduh penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM) Adam Ariff Mohd Roslan 'tidak bebas' dan bersekongkol dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tuduhan itu dibuat pada perbicaraan berhubung penyelewengan RM2.3 bilion 1MDB yang didakwa masuk ke dalam akaun bank peribadi bekas perdana menteri itu.
Bagaimanapun Adam Ariff menafikan dia 'bersubahat' dengan SPRM ketika menyediakan laporan jejak wang berkenaan, yang menunjukkan aliran dana 1MDB masuk ke dalam akaun bank Najib.
Saksi pendakwaan ke-47 itu berkata beliau telah dipinjamkan ke agensi antirasuah itu bagi membantu agensi berkenaan mengesan dana yang berasal daripada 1MDB.
Beliau menegaskan bahawa dana itu berakhir dalam akaun bank Najib, dan menafikan pegawai penyiasat SPRM Nur Aida Arifin memberitahunya untuk "berbohong" dalam laporannya.
Muhammad Shafee: Dari 2018 hingga sekarang, adakah anda bersetuju bahawa anda telah menjadi SPRM, mentaliti anda telah menjadi SPRM, anda tidak kekal bebas? Adam Ariff menjawab "Saya tidak setuju".
Semasa prosiding hari ini, Muhammad Shafee berkali-kali cuba mencabar jejak wang Adam Ariff mengenai berbilion ringgit yang memasuki akaun bank peribadi Najib di AmBank, dan mencadangkan bahawa Adam Ariff kekurangan semua dokumen bank yang diperlukan untuk membuktikan bahawa semua jejak dana dalam akaun Najib boleh dikesan, kembali kepada 1MDB dan anak syarikatnya.
"Semua dokumen bank yang dirujuk dalam perbicaraan 1MDB adalah mencukupi untuk menunjukkan bahawa wang milik 1MDB atau anak syarikat 1MDB sebenarnya telah dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Najib," kata saksi itu.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Sequerah bersambung pada 15 Dis ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - Gambar fail/ Bernama
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Lebih RM387 juta diperlukan untuk kerja pembaikan cerun runtuh
Lebih RM387 juta diperlukan bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan di 531 lokasi cerun runtuh yang dikenal pasti belum dibaiki di seluruh negara.
Mokhzani letak jawatan Pengerusi Maxis
Maxis Bhd pada Jumaat mengumumkan bahawa Pengerusinya, Tan Sri Mokhzani Mahathir akan meletak jawatan berkuat kuasa 30 Jun 2024.
Kes mahkamah Najib tidak akan selesai dalam masa terdekat - Nooryana
Kes mahkamah yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak akan selesai dalam masa terdekat.
Tahanan rumah Najib mungkin bincang minggu depan - Fahmi
Fahmi berkata, Anwar dijangka pulang daripada lawatan rasmi di luar negara pada minggu depan.
PM Anwar cadang pertimbang tahanan rumah Najib hanya selepas kes 1MDB selesai
Anwar berpandangan bahawa Yang di-Pertuan Agong hanya perlu mempertimbangkan tahanan rumah kepada Najib selepas kes 1MDB selesai.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.
Lembaga Pengarah SRC kecewa gagal bawa balik pinjaman dana pelaburan dari luar negara - Saksi
Lembaga Pengarah SRC International kecewa apabila pinjaman RM3.6 bilion daripada KWAP oleh syarikat itu tidak dapat dibawa masuk dari luar negara.
Keputusan Najib berkaitan pelaburan syarikat tidak harus dipersoal - Bekas pengarah SRC
Najib juga adalah pemegang saham tunggal SRC International dan penasihat emeritus syarikat itu pada masa yang material.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Tiada perjanjian dengan kerajaan untuk gugurkan saman - Bekas Pengarah SRC
Bekas Pengarah SRC Shahrol Azral Ibrahim Halmi tidak mempunyai resolusi dengan kerajaan untuk menggugurkan saman sivil AS$1.18 bilion terhadapnya.
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.